Penjelasan Di Sebalik Arahan Turunkan Jalur Gemilang Di Johor



MENCETUSKAN persoalan orang ramai di media sosial gara-gara satu gambar surat rasmi yang dikeluarkan Pejabat Daerah Johor mengarahkan semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Surat arahan berkenaan yang ditandatangani oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma’in dipercayai diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selepas sambutan Hari Malaysia telah berakhir.

“Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari Kebangsaan telah selesai.

“Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing,” demikian menurut surat berkenaan.


Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan titah terbaru ini kerana ia dilihat satu tindakan yang pelik memandangkan Johor merupakan sebuah negeri dalam Malaysia.

Bagaimanapun menurut laporan Malaysiandigest, kerajaan negeri Johor telah menjelaskan bahawa arahan tersebut sebenarnya merujuk kepada bendera bersaiz kecil dan hiasan-hiasan bendera yang digantung pada bangunan, tepi jalan dan juga pagar rumah kediaman sempena sambutan Hari Malaysia tempoh hari dan bukannya bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan jabatan-jabatan rasmi di negeri itu. – MYNEWSHUB

Penjelasan Di Sebalik Arahan Turunkan Jalur Gemilang Di Johor Penjelasan Di Sebalik Arahan Turunkan Jalur Gemilang Di Johor Reviewed by Admin on 12:37:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.