Soalan Panas Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Untuk Dijawab Zahid Hamidi



“Saya ingin jawapan dari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya ‘ditendang’ keluar dari Polis Diraja Malaysia.

“Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya.

“Saya merasakan diri saya dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi. Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama Tan Sri Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?

“Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh lembap proses siasatan ke atas kes 1MDB?

“Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. Ramai yang menuduh saya sebagai ‘sore loser’ sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang normal di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah beliau.

“Tidakkah beliau sedar bahawa saya ini seorang ‘career officer’ dalam PDRM dan bukannya macai politik?

“Bukankah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau sepatutnya membela saya?

“Saya pasrah dengan harapan agar nasib yang menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yang lain.

“Saya berdiri atas prinsip bahawa kebenaran itu diredai ALLAH SWT.”

Mesej aplikasi WhatsApp daripada bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador kepada Sinar Harian.

Soalan Panas Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Untuk Dijawab Zahid Hamidi Soalan Panas Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Untuk Dijawab Zahid Hamidi Reviewed by Admin on 10:33:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.