Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, suspek yang merupakan seorang warganegara Kemboja telah pergi ke rumah mangsa berpura-pura mahu menghantar mangsa berjumpa ibu mereka yang hilang sebelum ini.
Suspek membawa nenek dan dua beradik berkenaan ke kawasan ladang kelapa sawit sebelum bertindak cuba merog0l kakak mangsa berumur 11 tahun.
Mangsa cuba menjerit membuatkan suspek panik lalu memukul nenek dan kedua-dua mengsa dengan kayu sehingga membuatkan nenek dan mangsa maut manakala kakaknya yang berumur 11 tahun berpura-pura pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dua mayat yang ditemui semalam adalah ibu dan anak berusia 34 dan 13 tahun yang diculik sebelum itu.
Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek membawa kedua-duanya menaiki motosikal ke lokasi kejadian sebelum membunuh mereka dan selepas itu pulang mengambil dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia enam tahun bersama neneknya.
"Siasatan mendapati ibu dan anaknya dibunuh terlebih dulu sebelum suspek pulang dan mengambil kanak-kanak lelaki, kakaknya dan nenek.
"Motif kejadian dipercayai membabitkan penjualan dadah namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Menurutnya, suspek direman sehingga 13 September ini untuk siasatan lanjut. -Siakapkeli.my
Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dibunuh Dan Kakaknya Bermur 11 Tahun Hampir Diperkosa
Reviewed by Admin
on
10:13:00 PG
Rating: