Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000



RM 1 tandatangan Aisyah

Mungkin anda tidak jangka, tetapi harga not biru RM 1 di dalam dompet anda mungkin bernilai RM1,000 di Malaysia.

Kenapa? Kerana duit RM 1 seperti dalam gambar diatas (dengan tanda tangan Aisyah) adalah duit yang tidak sepatutnya dicetak dan ia sudah dilupuskan oleh Bank Negara. Saki baki yang tinggal kini dianggap 'rare' oleh pengumpul wang sehingga ada yang sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan 'barang rare' ini.

Sejarah RM 1 Aisyah

Menurut penulisan dari blog Galeri Sha Banknote, blog penggemar wang unik, duit RM 1 Aisyah ini diedarkan ketika masa proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara iaitu dari Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Tan Sri Zeti Aziz.


Kesilapan edaran ini hanya berlaku di cawangan Bank Negara Pulau Pinang sahaja kerana cawangan-cawangan lain sempat menerima arahan pembatalan pengedarannya. Kesemua duit RM 1 yang bertandatangan Aisyah atau Tan Sri Ali Abul Hassan telah ditarik balik dan dimusnahkan.

Blog itu juga turut memberitahu hanya 50,000 keping sahaja RM 1 Aisyah sempat diedarkan berdasarkan pengiraan yang tertentu.

RM 1 Aisyah Lama


Mungkin anda mempunyai not RM 1 lama dengan tandatangan Aisyah (seperti gambar diatas). Menurut apa yang difahamkan, nilai RM 1 ini juga mempunyai nilainya yang tersendiri tetapi ia tidak dianggap 'rare' kerana ia bukan dicetak hasil dari kesilapan.

Bagaimana Nak Jual

Jika anda mempunyai RM 1 Aisyah ini mungkin anda boleh menjualnya di mudah.my atau mencari sendiri pengumpul wang yang mungkin berminat. Anda juga mungkin boleh menganggotai mana-mana group pengumpul wang di Facebook.

Di mudah.my, not RM1 Aisyah yang baharu paling murah dijual pada harga RM 2, 750 manakal yang paling mahal dijual pada harga RM 4,500.



Mungkin pada kita RM 1 Aisyah ini hanyalah bernilai RM 1, namun bagi pengumpul wang, ia sangat bernilai dan mempunyai nilai 'sentimental value' yang tinggi.

Jika anda masih lagi mempunyai RM 1 Aisyah ini di dalam dompet, anda boleh anggap diri anda bertuah! Namun pastikan ia dalam kondisi yang tip top atau harganya akan susut. Selamat menjual. - Siakapkeli.my

Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000 Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000 Reviewed by Admin on 11:45:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.