Pelajar Menolak Hadiah Basikal Oleh Presiden Indonesia, Alasannya Membuatkan Hadirin Terkejut!



Pontianak, Indonesia -  Seorang pelajar sekolah rendah SMP Negeri 4, Pontianak Timur yang memenangi pertandingan kuiz menolak hadiah berupa basikal yang disampaikan sendiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Pelajar dikenali sebagai Ivan itu, enggan menerima basikal tersebut kerana ia berwarna merah jambu.

Malah, Ivan tanpa segan silu memberitahu Jokowi bahawa basikal itu hanya sesuai ditunggang pondan.

Insiden berkenaan mengundang gelak tawa hadirin.

"Sudah diberi basikal tak mahu," seloroh Jokowi.

Jokowi berada di Pontianak sempena minggu kemuncak sambutan Kemerdekaan Indonesia ke-70. - Kompas

Pelajar Menolak Hadiah Basikal Oleh Presiden Indonesia, Alasannya Membuatkan Hadirin Terkejut! Pelajar Menolak Hadiah Basikal Oleh Presiden Indonesia, Alasannya Membuatkan Hadirin Terkejut! Reviewed by Admin on 12:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.