Kren Jatuh: Jemaah Mauh Melebihi 100 Orang



RIYADH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya 107 jemaah haji maut apabila salah satu kren yang terlibat dengan pembangunan Masjidil Haram jatuh dipercayai kerana angin kuat dan hujan kira-kira jam 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Keselamatan Arab Saudi, Jeneral Suleiman al-Amr berkata, seramai 238 orang dilaporkan cedera.

"Kesemua mangsa yang maut telah dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut," katanya menerusi stesen televisyen al-Ikhbariya awal pagi tadi.

Sementara itu, menurut kenyataan jurucakap pengurusan Masjidil Haram berkata, kejadian berlaku ketika jemaah sedang melakukan ibadat di dalam masjid itu.

Selepas kejadian berlaku, beberapa gambar yang menjadi viral menunjukkan kren jatuh terkena bahagian siling pada salah satu sudut Masjidil Haram sebelum menghempap jemaah. - SH

Kren Jatuh: Jemaah Mauh Melebihi 100 Orang Kren Jatuh: Jemaah Mauh Melebihi 100 Orang Reviewed by Admin on 6:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.