Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama-sama Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka itu perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober, lapor The Malaysian Indsider.
"Timbalan pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin) memberikan arahan defendan juga perlu memfailkan permohonan menjelang 9 Oktober," katanya kepada pembeita selepas pengurusan kes.
Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober.
Nama lain yang diletakkan sebagai defendan adalah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.
Pada 12 Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya.
Pada 3 Ogos, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, dana itu adalah derma.
Plaintif dalam saman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta ahli Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad. - Sinar
Najib, Tiga Individu Diarah Bela diri
Reviewed by Admin
on
3:56:00 PTG
Rating: