13 Spesies Ular Paling Berbisa


Ular merupakan spesies haiwan reptilia yang paling ditakuti,mendapat reputasi yang buruk pada pandangan manusia.Merupakan haiwan yang terkenal sejak sekian lama. Secara asasnya terbahagi 2 jenis iaitu mempunyai venom atau bisa dan satu lagi tidak mempunyai bisa tetapi mampu mengigit dan membelit yang sebenarnya turut berbahaya,Namun entry ini memfokuskan kepada senarai ular di daratan yang paling berbahaya. Senaria yang lovehijau pilih mungkin berbeza dengan pandangan anda,namun apa yang pasti ular yang paling berbisa sudah tentunya ialah ular yang mempunyai bisa atau venom yang paling tinggi dan mampu membunuh dengan kadar yang sangat pantas,jom teruskan membaca.....

Taipan ( Inland Taipan)


Ular Taipan darat,paya dan sebagainya merupakan ular paling berbisa di dunia.Dengan hanya 110mg bisanya mampu membunuh 110 manusia dewasa.Namun begitu ular yang berasal dari benua Australia ini sangat pemalu,dan selalunya mengelak dari bertemu muka dengan haiwan lain atau manusia,kecuali jika diancam. Berwarna perang kehitaman ,ular ini dilaporkan kurang menyerang manusia,malahan kematian dicatatkan semakin berkurangan apabila spesies ular ini diketahui termasuklah antivenom dari bisanya. Ular tedung? king Kobra? Ular Taipan mempunyai 50 kali ganda toksinnya berbanding King Kobra! Bisanya direkodkan paling berbisa di dunia.Mempunyai pelbagai jenis spesies,dan kesemunya sangat berbahaya kerana mengandungi bisa yang sangat tinggi.Dengan hanya 0.025mg/kg LD atau lethal dos,sudah cukup menjadikan ular ini sebagai ular paling berbisa di dunia. 0.025mg ! bukannya gram, sedikit sahaja bisanya disuntik,maut menanti anda ! pic via:wikipedia

Ular Coklat Eastern Australia


Ular ini merupakan ular kedua terbisa di dunia.Namun hanya terdapat di benua Australia,serta sedikit di Papua New Guine dan Indonesia. Dengan sifatnya seperti Black Mamba, ianya ular yang agresif. Mampu mencapai sehingga 2 meter panjang.Berwarna coklat dan sangat berbahaya kerana bisanya mengandungi neurontoksin yang kuat.Jadi sila jauhi diri anda jika anda terserempak dengan ular ini jika melancong di Australia seperti di bahagian New South Wales.

Ular Taipan Pesisir Pantai


Paling besar di dalam keluarga Ular Taipan di Australia.Bisanya? Ular ini boleh membunuh dengan kadar yang pantas,merupakan ular ketiga paling berbisa di dunia. Dengan hanya 0.106mg/kg lethal dos,ianya mampu membunuh haiwan atau manusia.

Saw Scaled Viper


Antara ular pembunuh yang popular.Banyak kematian direkodkan akibat patukan ular berbisa ini.Habitatnya merupakan kawasan yang kering dan dikenal pasti sebagai ular yang banyak terdapat di Afrika,Timur Tengah, Pakistan,India dan Sri Lanka.Selalunya membunyikan bunyi berdesir sebagai amaran kepada sesiapa yang menghampirinya.Merupakan jenis ular yang agresif dan menyerang jika terancam.

Ular Berjalur Banyak ( Many Krait Snake)



Merupakan ular berbahaya d kawasan Asia terutamanya di China dan Taiwan. Di Malaysia jika tidak salah ular ini dikenali dengan nama ular kapak. Dilaporkan setakat ini 50% mangsa patukan maut,walaupun setelah mendapatkan anti venom. Danggap sebagai ular paling berbisa di Asia Tenggara di samping ular tedung.

Tiger Snake( Ular Harimau Australia)


Berasal dari Australia,juga merupakan antara spesies ular yang paling berbisa di dunia dan agresif jika diancam.

Black Mamba
Black Mamba atau'mulut hitam' Via:wikipedia


Antara ular yang paling berbisa di dunia.Berasal dari benua Afrika,ular ini merupakan ular yang paling agresif,menyerang tanpa amaran serta mampu membesar sehingga 14 kaki !. 
Merupakan ular berbisa paling panjang di Afrika serta paling pantas di dunia.Jarang mangsa termasuk manusia yang terselamat dari ular ini kerana sifatnya yang agresif serta kepantasannya. Rekod setakat ini membuktikan Black Mamba mencatatkan rekod 100% kematian tanpa rawatan kecemasan segera. Black Mamba merupakan gelaran bagi ular ini yang mempunyai bahagian dalam mulutnya berwarna hitam.Mendiami hampir semua jenis hutan di Afrika,antara habitat popular seperti di ladang tebu dan hutan Savana.

King Kobra ( Ular Tedung )

Merupakan ular berbisa paling panjang di dunia.Direkodkan sehingga 18 kaki !.Merupakan ular berbisa yang cukup terkenal di Asia tenggara,serta membawa nama 'cobra' sebagai satu nama yang cukup sinonim bagi masyarakat antarabangsa. Merupakan pemburu yang hebat, King Cobra mampu mengesan makanannya seperti tikus dengan jarak sehingga 300 meter.Ular Tedung Selar yang sudah dijinakkan menjadi sahabat kepada manusia. Namun awas kerana racunnya sama seperti Mamba atau Taipan walaupun tidak sekuat seperti mereka,patukan tanpa rawatan kecemasan akan megundang padah. Jika diancam ular ini akan menajdi sangat agresif dan boleh'berdiri' ,dan kawasan serangan boleh sehingga 2 meter dari ular ini. Namun paling berbisa di dalam kelasnya ialah Ular Tedung Filipina.

Ular Eastern Coral


Terdapat banyak di Mexico dan USA.

Death Adder (Australia)


Mohave Rattles Snake( Paling Berbisa di kalangan Ular Rattles)


Banyak di USA dan Mexico

Golden Lenchehead ( Amerika Selatan,Brazil )


Puff Adder (Afrika)


Bisanya menyebabkan kaki menjadi hitam dan hancur seperti pesakit diabetes.

13 Spesies Ular Paling Berbisa 13 Spesies Ular Paling Berbisa Reviewed by Admin on 8:26:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.