Bercakap kepada Sinar Harian, vokalis kumpulan terkenal 80-an dan 90-an itu berkata penghijrahan mendekatkan diri dengan agama sejak tahun lalu menjadikan kehidupannya kini lebih tenang bersama isteri dan anaknya. Pun begitu penerimaan dalam kalangan umum terdapat pro dan kontranya apabila ramai yang memuji tidak kurang mempertikai.
Tambah Ali, ramai beranggapan penghijrahannya kerana mahukan publisiti dan populariti. Menyifatkan persepsi itu sebagai ujian dalam melakukan perubahan, beliau menjelaskan niatnya mahu berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan dalam politik.
Dalam pada itu Ali kini masih lagi meneruskan karier nyanyiannya namun memilih lokasi dengan tidak lagi membuat persembahan di kelab malam dan jenis lagu disampaikan lebih bercorak ilmuwan.
Beliau merancang untuk menerbitkan sebuah album genre Islamik dengan niat berkongsi agama bersama peminat-peminat.
- mD
Ali XPDC Jawab Dakwaan Berhijrah Sebab Politik
Reviewed by Admin
on
8:54:00 PG
Rating: