Khabar Angin Pergaduhan Kaum di Sungai Petani



Pergaduhan berlaku pada 16 Disember dan bunga bunga nak bergaduh lagi tu masih ada sehingga hari ini. Punca pergaduhan adalah kes curi motor dan bukan seperti mana yang disebutkan oleh Muhammad Qhalil Hasri kononnya masyarakat India nak rebut tapak masjid di Tmn Ria Jaya 2. Tak wujud pun kononnya orang India nak bakar surau seperti mana dakwaan Raz Razali. Polis telah mengambil tindakan mengawal keadaan sehingga ke malam ini supaya kes ini tidak menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat. Apa yang berlaku bukanlah pergaduhan Melayu-India tetapi hanyalah kes bertumbuk budak budak baru nak up. Malangnya, apabila dicampuri oleh kelompok yang membuta tuli, maka kes dah jadi lain. - Ins Shahrul IPD Kuala Muda. 

-Tuan Speaker-

p/s: Gambar admin ambil dari blog FizGraphic, infonya tak beberapa tepat. Admin tak berani nak ulas panjang lebar sebab admin takde kat tempat kejadian, nanti jadi fitnah pulak. Sekarang ni kes curi motor dah selesai tapi ada samseng melayu/india buat taik kucing over acting. :p

Kalau nak info yang lagi tepat boleh tengok kat wall Polis Diraja Malaysia.

Khabar Angin Pergaduhan Kaum di Sungai Petani Khabar Angin Pergaduhan Kaum di Sungai Petani Reviewed by Admin on 12:02:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.