Bina Bangunan 10 Tingkat Siap Dalam Tempoh 48 Jam



Di kota Mohali, 10 kilometer dari Kota Chandigarh di sebelah barat laut India, akhir November lalu, sebuah menara 10 tingkat dibina hanya dalam 48 jam. Pencetus projek ini, Harpal Singh dari perusahaan infrastruktur Synergy Thrislington mengatakan, hal ini boleh dilakukan kerana semua komponen telah disiap, pintu telah diukur dengan tepat, saluran air, kabel, sanitasi dan lain-lain telah dipersiapkan. Komponen yang terbuat dari 200 ton baja itu dihasilkan di kilang yang ada di dekat projek dan dipindahkan dengan trak khusus. Tidak ada batu bata dan pasir yang digunakan dalam projek ini. Dinding luar adalah panel PUF berkualiti. Kosnya hampir sama dengan bahan konstruksi konvensional, tetapi sangat menjimatkan masa dalam pembinaan. IndiaTimes.com melaporkan, 200 pekerja, dan buruh mula bekerja.

Tiga crane dibawa ke lokasi untuk memasang atap dan dinding. Setelah enam jam, tiga tingkat selesai dibina, dan dalam waktu 24 jam, hampir tujuh tingkat siap. Mungkin anda berfikir bahawa pembinaan ini tidak akan kuat, kerana dibina begitu cepat. Tetapi Singh berkata, projeknya telah mendapat kelulusan sebagai bangunan tahan gempa bumi dan tahan goncangan dari Pusat Penelitian Industri dan Ilmiah tempatan. Singh terinspirasi membangunkan bangunan dalam waktu singkat, kerana tertekan dalam proses pembangunan rumahnya yang sangat lambat— hanya siap dalam dua tahun. Teknologi bangunan ini, kata Singh, juga boleh bermanfaat dalam membangunkan hospital dan sekolah. - IndiaTimes


Bina Bangunan 10 Tingkat Siap Dalam Tempoh 48 Jam Bina Bangunan 10 Tingkat Siap Dalam Tempoh 48 Jam Reviewed by Admin on 1:01:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.