Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.
Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.
Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula? SUMBER
Sungguhpun begitu, sesuatu yang amat membanggakan disebalik segalanya yang berlaku, tanpa mengira ideologi politik yang dibawakan, kesemua kita bersatu menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap pengadil tersebut melalui laman sosial seperti twitter dan facebook.
Cuba bayangkan sekiranya Lee Min Ho ini dinobatkan pengadil terbaik yang dimiliki Korea, bagaimana pula kualiti pengadil- pengadil lain dari Korea?
Kenali PENGADIL Yang Memusnahkan Harapan #HarimauMalaya Untuk Ke Final #AFFSuzukicup
Reviewed by Admin
on
12:04:00 PG
Rating: