Amerika Kena Serang !



RAKAMAN taufan yang melanda Mobile, kelmarin. 

Sebahagian kesan kemusnahan selepas Alabama dilanda taufan, kelmarin.

Keadaan sebuah rumah rosak selepas dilanda taufan di Alabama.

Taufan landa Amerika

Tiga terbunuh, cuaca buruk bawa salji ke selatan, timur Amerika

Mobile: Ribut salji besar melanda selatan Amerika Syarikat bertukar kepada taufan kelmarin yang melanda beberapa negeri dan menjadi punca tiga penduduk terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Taufan itu dilaporkan mula menuju ke timur laut Amerika dan menjadi punca ratusan penerbangan ditunda, memberi masalah kepada penduduk yang pulang bercuti sempene Krismas.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) melaporkan, satu taufan melanda Mobile, Alabama, yang mempunyai 200,000 penduduk pada 5 petang waktu tempatan.

Pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus selain merosakkan bangunan meskipun tiada yang maut atau cedera.

Beberapa taufan juga melanda Mississippi, Texas dan Louisiana, meranapkan rumah dan menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan.

Angin kencang menyebabkan sebatang pokok tumbang mengenai sebuah trak pikap sekali gus membunuh pemandu manakala seorang lelaki di Lousiana berusia 53 tahun maut apabila sebatang pokok tumbang menimpa rumahnya.

Jalan dilitupi ais

Jalan raya dilitupi ais dipersalahkan ke atas kemalangan membabitkan 21 kenderaan di Oklahoma dan peronda lebuh raya berkata, seorang wanita berusia 28 tahun terbunuh di sebuah lagi lebuh raya dekat Fairview.

Di bandar McNeill, selatan Mississippi, taufan memusnahkan 12 kediaman dan mencederakan lapan penduduk.

Kemusnahan teruk

Bagaimanapun, tiada yang parah, kata Pengarah Agensi Pegurusan Kecemasan Pearl River County, Danny Manley.

Manley berkata, kediaman penduduk tidak dapat dibina semula kerana ada yang kehilangan bumbung, atau ranap sama sekali.

Satu lagi taufan melanda Centreville, Mississippi, di barat negeri itu menyebabkan seorang cedera, memusnahkan sebuah treler, merosakkan rumah serta bangunan, kata pakar NWS di New Orleans, Tim Destri.
sumber

Amerika Kena Serang ! Amerika Kena Serang ! Reviewed by Admin on 9:20:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.