Teknik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan



Dalam perjalanan pulang dari Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, untuk ke bilik air. Lepas tol Sg. Besi, lelaki kanan (yg angkat tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pun berhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tengok dr dalam kereta, ada minyak melelh dari rim tayar, mcm minyak brek.

Lepas tgk meleleh tu, rasa cuak juga. Sebab brk mmg ada bunyi skit sblm ni. Lelaki India yg angkat tangah tgi tu pakai baju Honda, mengaku krja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & offer nk bantu. Dia kata kene pegi tepi sikit kwsn lapang, nanti kalu orang/kwn Honda nampak, dia kena tindakan displin.

Oleh krn mcm boleh percaya, sy pun pegi ekori dia pegi kwsn kosong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin tayar bocor. Tp nampak mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmp skit je, tak merebak pd seluruh rim tayar. Tp, x berani nk bawak, takut risiko. Dia kata blh tlg repair, @ kalu abg x percaya, abg blh hantar kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya plak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalu ambik fuel pump Honda RM1,836.00.

Lelaki ini kata, dia call kwn dia di Pusat Servis untuk ambilkan brg di spare part yang biasa. Blh dapat harga kurang skit. Sy tanya harga, dia kata xtau. Lepas 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dengan resit RM1500. Wa...ni pun dh mahal. Mula timbul ragu skit. Saya tegur dia knp x bgtau awal2 harga. Dia mintak maaf. Lps tu diaorg pasang buka yang lama, letak dalam boot belakang.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nanti ptg sy singgah kt Global Amity. Diaorg kata xbole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun tk cukup, kene ambil di kaunter. You ikut sy pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk keje balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorang lagi) follow kt belakang naik motor. Mas ni, sy reasa memang diaorg ni tipu & bersungguh nk duit cash, bkn tolong. Sampai UM, sy kata nak masuk library pulang buku. Diaorg tunggu kt parking, kereta sy kunci.

Lepas pulang buku, sy call salesman kt Honda (Global Amity) & tanya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knpa? Sy kata brk sy bocor, dia tolong repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pergi ke pusat servis. Kete ok jer.

Sy pun minta bantuan pihak kselematan UM & balai polis Pantai. Takut2 kene belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt ket. Lelaki 2 org tu buat xtau je. Lps tu, br sy turun. Sy kata kat diaorg, you tipu! Honda kata you xkeje kt situ. Ramesh jawab, Honda ada byk bang. Abg buang masa sy je la. Kitaorg cuma mau tolong. Masa ni, sy snap gambar diaorg. Polis pun tanya, apa yg sy xpuas hati. Lepas tanya diaorg plak, apa xpuas hati. Lepas tu, polis kata, ok kalu dua2 xpuas hati, kite pergi buat report kt balai.

Polis suruh diaorg dtg ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpi kt balai, sy buat report. Dua lelaki tu xmuncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lepas tu, sy send gambar diaorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/dibelasah. Bimbang, kalu2 terjumpa diaorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat keje & tukar brg, tp xdpt apa2. Cuma, polis mcm xberminat nk tahan diaorg. Ada orang sebut kata2 Sayydina Ali: Aku bukan pnipu, tp penipu tak boleh tipu aku.

Cerita asal: Oleh Ust. Abu Zaki

sumber

Teknik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan Teknik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan Reviewed by Admin on 9:23:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.