Kiamat Bagi Kaum Suku Maya Bukan 21 Disember 2012, Tapi....



Beberapa pakar meragukan tarikh 21 Disember sebagai akhir dari kalendar Panjang suku Maya. Menurut beberapa pakar astronomi, suku Maya meramal kalendar berdasarkan Matahari terbit dan Matahari terbenam. Mereka meragukan suku Maya betul dalam meramalkan tarikh kiamat, dan kemungkinan besar tarikh kiamat yang lebih betul adalah 23 atau 24 Disember. Dalam ulasannya tentang kiamat suku Maya, Live Science menjelaskan kalendar suku Maya memang unik. Suku yang hidup di Mexico, Guatemala, dan beberapa negara lain di Amerika Latin ini mempunyai tiga jenis kalendar.

"Kalendar pertama adalah kalendar Suci (Tzolk'in) yang memiliki 260 hari per tahun. Kalendar ini untuk mengatur upacara keagamaan suku Maya," ulas Live Science. Kalendar kedua adalah kalendar Sekular (Haab') yang secara kebetulan mirip dengan kalendar gregorian, iaitu 365 hari. Suku Maya menggunakan kalendar ini untuk menetapkan cara mereka bercucuk tanam dan musim. Kalendar ketiga adalah kalendar Panjang, yang sekarang ramai percayai ia sebagai penyebab kiamat.
sumber

Kiamat Bagi Kaum Suku Maya Bukan 21 Disember 2012, Tapi.... Kiamat Bagi Kaum Suku Maya Bukan 21 Disember 2012, Tapi.... Reviewed by Admin on 9:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.