Penyelidik dari University of Sydney memberitahu kepada AFP, setelah mereka mengkaji pulau Sandy yang berada di New Caledonia dekat Australia, mereka tidak menjumpai apa-apa daratan pun disana.
Pulau Sandy berada pada Google Maps dan satelit Google yang hanya menunjukkan tompokan hitam pada lokasi pulau itu berada. Padahal di dunia sebenar, ianya tidak wujud dan mungkin satelit Google Maps tersalah tafsir apa sebenarnya yang berada di lokasi tersebut.
Sebab apa pun pulau itu muncul di Google Maps, masih tidak diketahui dan mungkin terdapat sedikit kesilapan pada pemetaan dan satelit milik Google. Sebelum ini juga, pulau tersebut telah menjadi pertikaian tentang kewujudannya.
Pada tahun 2000, sekumpulan peminat radio amatur telah mengesahkan bahawa pulau tersebut tidak wujud dan tidak ada pada gambar satelit. David Miller daripada National Geographic turut mengesahkannya.
Google telah mengenalpasti kesalahan tersebut dan berkata kepada Sydney Morning Herald “dunia sekarang ini sebenarnya beralih tempat dan kami akan berusaha untuk mengemaskini lokasi-lokasi yang sedia ada.”
sumber
Sebuah Pulau Pada Google Maps Sebenarnya Tidak Wujud – Saintis
Reviewed by Admin
on
12:10:00 PG
Rating: