Filipina Rayu Malaysia Benar Wanita, Bukan Tentera Tinggalkan Lahad Datu



MANILA - Kerajaan Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia membuka ruang bagi membolehkan wanita dan golongan yang tidak terlibat dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dapat keluar dari lokasi tersebut dengan selamat.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert del Rosario meminta jasa baik rakan sejawatannya dari Malaysia supaya membuka jalan bagi kaum wanita dan pihak yang tidak terlibat meninggalkan wilayah itu yang kini sedang berhadapan dengan serangan pasukan keselamatan.

Del Rosario berkata beliau sudah meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila supaya menyampaikan mesej berkenaan kepada duta Malaysia dan mengulangi rayuan yang sama.

“Saya difahamkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan menyampaikan permintaan ini kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Del Rosario berkata sebelum ini menteri pertahanan Malaysia menolak rayuan yang dibuat kerajaan Filipina itu dan enggan bertolak ansur kerana keengganan pengikut Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram supaya meninggalkam Lahad Datu.

eliau turut menambah yang perbincangan bersama dua orang menteri itu akan dijalankan hari ini tetapi sebarang butiran tidak boleh didedahkan kepada umum sebelum beliau sendiri menyerahkan laporan rasmi kepada Presiden Filipina.

Pihak tentera diraja Malaysia sudah melancarkan serangan udara awal pagi tadi terhadap kumpulan Militan Kiram bagi menamatkan serangan yang berlanjutan selama tiga minggu itu sehingga membunuh 27 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd najib Razak berkata yang pihaknya tiada pilihan lain kerana cara itu hanya bertujuan bagi melindungi keselamatan penduduk tempatan.



Filipina Rayu Malaysia Benar Wanita, Bukan Tentera Tinggalkan Lahad Datu Filipina Rayu Malaysia Benar Wanita, Bukan Tentera Tinggalkan Lahad Datu Reviewed by Admin on 10:22:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.