Misteri Wanita Mengandung Selama 40 thn Hingga Bayi Jadi Batu



Berita ini cukup menggemparkan. Seorang wanita di Colombia mengalami sakit perut luar biasa. Setelah diperiksa, di dalam tubuhnya ada janin yang sudah menjadi batu.

Kes ini sangat jarang dan menyakitkan bagi wanita. Bayangkan, dia tidak sedar hamil selama 40 tahun hingga janinnya membantu. Wanita berusia 82 tahun yang tidak disebutkan namanya ini mengalami lithopedion atau bayi batu, iaitu janin yang tidak berkembang dan berada di luar rahim, disiarkan oleh Dailymail.co.uk.

Wanita itu hanya merasakan sakit perut luar biasa. Setelah diperiksa melalui scan, baru diketahui bahawa wanita tersebut membawa janin yang sudah membatu selama 40 tahun. Saat ini, sang wanita menjalani operasi untuk mengangkat janin yang sudah tidak bernyawa itu. Janin tersebut sudah mati.

Dr Kemer Ramirez dari Hospital Tunjuelito mengatakan bahawa pada mulanya dia menduga batu hempedu. Namun hasil ultrasound tidak menunjukkan tanda-tanda itu. Setelah dilakukan scan pada bahagian perut, baru diketahui ada benda asing mirip ketumbuhan di perutnya. Kes ini bukan yang pertama kali berlaku. Tercatat sekitar 300 wanita mengalami kes membawa janin yang sudah membatu dalam tubuhnya.


Kes pertama lithopedion pertama kali dilaporkan pada seorang wanita Perancis bernama Madame Colombe Chatri. Saat itu usianya sudah 68 tahun. Pada bedah siasat kematiannya di tahun 1582 menunjukkan bahawa beliau membawa bayi yang tidak berkembang dan sudah membatu di perutnya. Dijangka, usia janin itu sudah 28 tahun.

sumber

Misteri Wanita Mengandung Selama 40 thn Hingga Bayi Jadi Batu Misteri Wanita Mengandung Selama 40 thn Hingga Bayi Jadi Batu Reviewed by Admin on 10:24:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.