5,000 Sanggup Gadai Nyawa Untuk Ke Pekan


Penduduk di Rantau Panjang meredah Sungai Golok untuk ke pekan Mundok, Thailand semalam.

RANTAU PANJANG – Pekan Mundok, Thailand terus mencuri perhatian penduduk di sini untuk membeli barangan pada harga murah apabila kira-kira 5,000 orang sanggup bergadai nyawa ke pekan tersebut dengan menyeberangi Sungai Golok setiap minggu.

Sebahagian besar mereka bertindak demikian menerusi pangkalan haram Bukit Lata di sini dengan menaiki sampan tidak berlesen dan tanpa jaket keselamatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar undang-undang.

Antara barangan murah di pekan Mundok yang menjadi tumpuan ialah pelbagai jenis makanan, pakaian, buah-buahan, barangan elektrik dan kelengkapan dapur.

“Saya akan mengadakan perbincangan bersama agensi tertentu seperti Jabatan Imigresen, kastam, tentera dan kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sempadan di sini semalam.
sumber

5,000 Sanggup Gadai Nyawa Untuk Ke Pekan 5,000 Sanggup Gadai Nyawa Untuk Ke Pekan Reviewed by Admin on 8:14:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.