“Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan?” – Al Gashiyyah: 17
Jika sudah ada dorongan sedemikian daripada Allah, sudah pasti itu adalah sesuatu yang sangat penting. Maha suci Allah, yang tidak akan meletakkan sesuatu yang remeh-temeh dalam Al Quran yang begitu agung dan mulia. Dan sudah pasti juga tentu ada kebaikan, pengajaran dan manfaat hasil dorongan itu.
Di negara kita sukar untuk melihat unta. Kecuali di zoo atau sekali-sekala bila musim Hari Raya Korban, mungkin anak-anak berpeluang melihat unta dari dekat. Tapi rasanya itu bukan halangan untuk ita memenuhi dorongan Allah itu.
Anak-anak boleh mendapat maklumat tentang keajaiban unta menerusi buku-buku, laman web ataupun majalah-majalah. Baiklah, sekarang mari Pak Cik ceritakan beberapa ‘keajaiban’ untuk untuk menjadi pengajaran bagi kita.
1. Bulu badan unta yang tebal bukan sahaja melindunginya daripada suhu panas dan sejuk, tetapi juga mencegah tubuhnya kehilangan air.
2. Ia dapat menghalang badannya daripada berpeluh dengan cara meningkatkan suhu badan sehingga 41 darjah celcius.
3. Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya sebagai perisai daripada pasir dan debu padang pasir.
4. Mampu menghabiskan 30 – 50 kg makanan sehari jika ada makanan, sebaliknya mampu bertahan hanya makan 2 kg rumput sebulan bila kekurangan makanan.
5. Dapat hidup tanpa makanan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50 darjah celcius.
6. Ia dapat meneguk air sebanyak 130 liter dalam jangkamasa 10 minit (yakni kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan berat badannya).
Wah, begitu hebat keajaiban unta itu ya? Tentu Penciptanya jauh lebih hebat. Siapa lagi, kalau bukan Allah.

Dengan persekitaran padang pasir yang begitu panas dan sumber air yang begitu terhad, namun Allah maha Bijaksana untuk mencipta segala keunikan dan kelengkapan pada unta untuk berdepan dengan segala kesukaran itu. Mustahil kejadian unta ini secara kebetulan – melainkan terlebih dahulu dirancang dan dilaksanakan penuh teliti dan terperinci.
Jika anak-anak masuk ke dalam sebuah bilik dan melihat kerusi, meja dan lain-lain perabot begitu kemas tersusun rapi logikkah anak-anak mendakwa semuanya berlaku dengan sendirinya? Mustahil, semuanya teratur, jika tidak ada yang mengatur. Unta yang begitu rumit kejadiannya itu pasti juga ada yang mengaturnya.
Jadi, pengajarannya buat kita ialah Allah itu Maha Pencipta. Jangan diragui dan disangsikan lagi. Penciptaan Allah itu bukan sahaja yang melibatkan soal-soal yang dapat dilihat oleh matakasar bahkan juga perkara-perkara yang ghaib. Lihatlah unta, haiwan-haiwan dan seluruh kejadian alam ini…

Bukankah semuanya tercipta dengan sistematik. Jadi, jangan diragui ciptaan yang belum kita lihat lagi – syurga, neraka, Padang Mahsyar dan sebagainya – kerana kita telah melihat ‘keajaiban’ ciptaan yang sedia ada pada hari ini.
Mungkin inilah pengajaran di sebalik dorongan Allah, lihatlah unta… bagaimana ia diciptakan!
Ajaibnya Penciptaan Unta
Reviewed by Admin
on
2:01:00 PTG
Rating: