DI restoran inilah Abbas menemui ajal selepas ditetak tiga lelaki bertopeng di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru semalam.
Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan Abbas Abu Bakar (gambar kecil), 45, mati di tempat kejadian dengan beberapa kesan tetakan di badan dan kepala.
Difahamkan, mangsa datang ke restoran berkenaan bersama dua lagi rakannya.
Bagaimanapun, selepas dua rakannya beredar, mangsa tinggal seorang diri kerana ingin menikmati segelas lagi teh tarik sebelum pulang ke rumah.
Ketika itulah, tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang dipercayai muncul lalu menyerang Abbas. Pembunuhan itu dikatakan berkait rapat dengan unsur dendam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang terus menyerang mangsa sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan menurut saksi, mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan diri.
“Pada tubuh mangsa terdapat kesan cedera di beberapa anggota badan dan kepala akibat ditetak,” katanya ketika dihubungi semalam.
Lelaki Maut Ditetak Tiga Lelaki Bertopeng
Reviewed by Admin
on
8:09:00 PG
Rating: