Azza Elite memberitahu kepada portal murai.com.my, keputusan itu diambil setelah melihat penerimaan baik daripada jejaka tersebut terhadap statusnya dan anaknya, Marissa Janna, 6.
"Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya.
"Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya.
"Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda," katanya yang ditemui selepas pelancaran, laman sosial, MFace di sini baru-baru ini.
Oleh sebab itu, Azza Elite berkata dia tidak mahu melambatkan perkahwinannya dengan jejaka tersebut selepas masing-masing berjaya menjalin persefahaman yang baik.
"Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangn bersama.
"Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang," katanya.
Perkahwinan Azza sebelum ini bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat bertahan lama dan akhirnya mereka berpisah kira-kira lima tahun yang lalu.
Azza yang kini masih aktif menyanyi di majlis korporat, bakal keluar dengan single terbaru berjudul, Boleh Jalan pada awal tahun hadapan.
sumber
Azza Elite Nikah Pramugara Awal Tahun Depan
Reviewed by Admin
on
4:33:00 PTG
Rating: