Ketahui Teknik Penipuan Internet Warga Afrika


Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui.

Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.


Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina.

Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.


Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik.


Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.


Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula.


Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.

Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika.


Dalam operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.

Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.

Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.
sumber

Ketahui Teknik Penipuan Internet Warga Afrika Ketahui Teknik Penipuan Internet Warga Afrika Reviewed by Admin on 11:04:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.