Pernahkah anda menerima mesej dari kawan Facebook anda di bahagian chatting? Mesej berkenaan tidak lain tidak bukan mengandungi ayat yang berbahasa Inggeris dan link yang perlu anda klik? Untuk makluman, itu semua adalah virus yang tersebar melalui Facebook chat. Sejak akhir-akhir ni, virus Facebook semakin menjadi-jadi kerana aku sendiri sudah menerima berpuluh-puluh mesej di Facebook yang mempunyai link yang pelik.
Bagaimana virus ini bertindak? Ok untuk makluman anda, jika anda klik link pelik yang anda terima di Facebook chat tu secara automatik link tersebut akan dihantar ke semua rakan facebook anda setiap hari. Bayangkan jika anda mempunyai 1000 rakan Facebook yang sudah klik link ni! Berikut adalah beberapa contoh ayat yang mengandungi virus yang tersebar melalui Facebook chat:
1. Yo, this says im 29 % addicted to FACEBOOK, you should check how you are: bit.ly/e84XrM
2. Hey, check out this girl, lol, she must be out of her mind for making that video!: bit.ly/hwYbaf
3. WTF: This AMERICAN guy should be STONED to DEATH for doing this to his GIRLFRIEND: bit.ly/gLE6oG
4. OMG: This girl killed herself after her FATHER posted this message on her wall: bit.ly/hint3w
5. Haha, I am going to look like a sharpie in 20 years! See what you will look like here: bit.ly/ek8icF
Jika anda menerima mana-mana ayat yang mengandungi link pelik untuk di klik, jangan panik kerana selagi anda belum klik link tersebut virus ini tidak akan melekat di komputer anda. Anda hanya perlu tutup Facebook chat tersebut tapi harus diingat, TOLONG JANGAN KLIK LINK PELIK TERSEBUT!
Sebagai langkah alternatif, jika anda tertekan link tersebut, scan komputer anda terlebih dahulu. Sebarkan jika entry ini bermanfaat.
Tapi trend baru virus sekarang hantar gambar porno kat wall, INGAT link tu jangan klik ye :D
Virus Facebook Chat Semakin Menular
Reviewed by Admin
on
2:39:00 PTG
Rating: