Sharifah Shahira Tinggalkan Suria FM


Sharifah Shahira dan Ijoy

Sharifah Shahira tinggalkan Suria FM. Desas desus mengatakan pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira akan meninggalkan stesen radio itu ternyata benar apabila dia mengesahkan kontraknya akan berakhir pada 24 Januari depan. Shira berkata, selain soal kontrak, keputusan untuk meninggalkan stesen itu adalah kerana dia mahu mencuba perkara baru dalam kerjaya seni.

"Saya mengaku bakal meninggalkan Suria FM selepas kontrak akan tamat. Ia juga adalah keputusan bersama di antara saya dengan syarikat setelah memikirkan sedalam-dalamnya sama ada ingin menyambung kontrak atau pun tidak. "Bagaimanapun saya memilih untuk tidak meneruskan hasrat untuk berkhidmat bersama Suria FM," katanya lagi.

Sharifah Shahira tinggalkan Suria FM. Terdahulu, Shira mula bersiaran dalam programBreakfast @ Suria bersama dua lagi penyampai iaitu Zizi dan Halim Othman. Dia memulakan tugas sejak 31 Januari lalu untuk siaran yang bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi. Program pagi itu ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dalam pada itu, Shira menyangkal dakwaan kononnya dia meninggalkan Suria FM kerana tidak dapat bekerjasama dengan rakan penyampainya sehingga menyebabkan kontrak tidak disambung.

Shira berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan rakan gandingannya dan keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi mana-mana pihak. "Sepanjang setahun saya bekerja di Suria FM tidak pernah mempunyai masalah bekerja. Malah saya begitu seronok dan menghargai pengalaman sepanjang berada di sana. "Pemergian saya bukan satu isu dan saya cukup berterima kasih kepada pihak Suria FM yang telah memberi peluang kepada saya," ujarnya.

Sharifah Shahira tinggalkan Suria FM. Sementara itu, menurut Shira, dia percaya pihak Suria FM dapat mencari penggantinya yang lebih baik bagi menaikkan lagi jumlah pendengar radio berkenaan. Dalam perkembangan lain, dia masih berminat untuk bergelar penyampai radio dan tidak menolak jika ada tawaran untuknya pada masa akan datang. "Banyak yang telah saya timba sepanjang berada di Suria FM dan rakan-rakan di sana telah mengajar saya mengenai selok-belok bergelar penyampai radio. "Saya akan gunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dan jika ada tawaran pada masa akan datang, saya tidak akan menolak," ujarnya.

Sharifah Shahira Tinggalkan Suria FM Sharifah Shahira Tinggalkan Suria FM Reviewed by Admin on 10:57:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.