Angah Raja Lawak membintangi filem Suatu Malam Kubur Berasap
Menurut pengarahnya, Ernie Chen, kebanyakan penonton yang telah menonton filem itu memberikan respons yang positif.
“Saya sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang menonton filem “Suatu Malam Kubur Berasap” serta pihak media yang membantu mempromosikan filem ini.
“Seperti yang saya katakan, objektif filem ini adalah untuk menghiburkan penonton dan saya mendapati kebanyakan peminat di laman Facebook Suatu Malam Kubur Berasap mengatakan filem ini menghiburkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ain Nordin melakonkan watak Siti dalam Suatu Malam Kubur Berasap
Melihat kepada sambutan penonton, Ernie menyasarkan filem ini untuk mendapat setanding atau melebihi kutipan filem komedi seram Hantu Bonceng iaitu RM8.53 juta.
“Pada hari pertama filem ini ditayangkan, saya mendapati kebanyakan pawagam yang menayangkan filem ini penuh.
“Bagaimanapun, saya memerlukan sokongan daripada penonton untuk mencapai sasaran kutipan melebihi RM8 juta,” katanya lagi.
Filem ini dilakonkan oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Ruminah Sidek, Zach Diamond, Azrul Raja Lawak dan pelakon baru, Ain Nordin. - mStar
Filem 'Suatu Malam Kubur Berasap' Berjaya Mengutip RM580 Ribu
Reviewed by Admin
on
8:58:00 PG
Rating: