Para Tawanan Diseksa Sebelum Dibebaskan



Khamis , 22/12/2011 - Sejumlah tawanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Zionis Israel pada tahap kedua kesepakatan pertukaran, menegaskan bahawa Israel menghukum mereka beberapa hari sebelum dibebaskan, iaitu dengan meninggalkan mereka di lapangan terbuka dalam keadaan sangat sejuk selama 5 hari tanpa diberi selimut.

Para tawanan tersebut menjelaskan bahawa pihak penjara Zionis Israel di waktu terakhir menjelang pembebasan mereka, melakukan tindakan pelecehan terhadap mereka dan tidak memberikan keperluan asasi sebelum dibebaskan. “Mereka dikumpulkan di dua penjara yang terpisah dan ditinggalkan kesejukan musim dingin selama 5 hari,” menurut para tawanan.

Para tawanan menyatakan mereka menyatakan perasaan yang bercampur baur ketika pembebasannya. Ini kerana mereka meninggalkan para tawanan yang masih dihukum penjara terlalu lama, ada yang sakit, ada yang masih anak-anak dan juga wanita. Disebutkan bahawa meskipun pihak otoriti penjajah Zionis Israel menunda waktu pembebasan mereka hingga malam, namun ribuan warga telah keluar sejak pagi hari untuk menyambut pembebasan para tawanan di kota-kota Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Para Tawanan Diseksa Sebelum Dibebaskan Para Tawanan Diseksa Sebelum Dibebaskan Reviewed by Admin on 8:41:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.