8 Golongan Yang Boleh Memberi Syafaat



8 Golongan yang boleh memberikan syafaat dengan izin Allah ialah:-

* Malaikat,
* Quran(syafaat yang besar kerana ia adalah qalam Allah)
* Nabi Muhammad s.a.w.,
* Para ulama,
* Para wali,
* Sidiqin (orang-orang jujur),
* Solehin (orang-orang soleh),
* Hafiz (yang hafal al-quran dan beramal dengannya). Hafiz yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya.
Syafaat al-Uzma” ialah Syafaat yang terbesar yang ditentukan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah ‘Azza wa Jalla agar disegerakan perbicaraan di Hari Kiamat.


Ada lagi beberapa jenis syafaat yang dikhaskan bagi Nabi Muhammad s.a.w., di antaranya:
1. Syafaat Baginda s.a.w., supaya Tuhan memasukkan ke syurga satu kumpulan besar dari umatnya dengan tidak dihisab.“Dari Abi Hurairah, sesungguhnya Nabi SAW. bersabda: “70000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab”…nabi telah berdoa agar dilebihkan bilangan tersebut, akhirnya dipersetujui setiap seorang dari 70,000 itu membawa 70,000 orang lagi (70,000 x 70,000)

2. Syafaat Baginda s.a.w. untuk satu kumpulan yang telah dihisab dan didapati mereka berhak menerima balasan Neraka, supaya tidak dimasukkan, tetapi dimasukkan terus ke syurga
Di Padang Mashyar Nabi Muhammad s.a.w. akan cari umatnya untuk masuk syurga. (tidak diketahui kenapa, samada cintanya kepada Nabi, atau amalannya)
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar. (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya)

* Malaikat,
* Quran(syafaat yang besar kerana ia adalah qalam Allah)
* Nabi Muhammad s.a.w.,
* Para ulama,
* Para wali,
* Sidiqin (orang-orang jujur),
* Solehin (orang-orang soleh),
* Hafiz (yang hafal al-quran dan beramal dengannya). Hafiz yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya.

Syafaat al-Uzma” ialah Syafaat yang terbesar yang ditentukan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah ‘Azza wa Jalla agar disegerakan perbicaraan di Hari Kiamat.

8 Golongan Yang Boleh Memberi Syafaat 8 Golongan Yang Boleh Memberi Syafaat Reviewed by Admin on 4:43:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.