Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr. Hushamuddin Yaacob berkata Fauziah telah menerima bayaran sejawarnya iaitu lebih RM 219,000 sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2002.
"Saya tidak faham mengapa dia mendakwa pihak kami tidak memberi bayaran setimpal kepadanya, sedangkan dia sudah menerima bayaran yang agak banyak sejak novel itu diterbitkan.
"Malah sejak filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam, novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskhah lagi dan dia bakal menerima royalti sebanyak RM50,000 lagi untuk cetakan terbaru ini," katanya pada sidang media penjelasan isu bayaran royalti novel Ombak Rindu, di pejabat Karangkraf, di sini, Jumaat.
Hussamuddin menjelaskan dakwaan penulis tersebut dalam sebuah akhbar tempatan terhadap pembayaran yang tidak setimpal dan telus daripada pihak penerbitan Alaf 21 adalah tidak berasas sama sekali.
Tambahnya, kontrak yang dimeterai antara penulis dan penerbit buku turut menjelaskan bahawa sebarang pengurusan pemasaran novel tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Alaf 21.
"Kami mengambil tawaran yang dibuat oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 untuk membeli hak cipta novel ini bagi diadaptasi kepada filem dengan bayaran hanya RM4,000.
"Ketika itu Ombak Rindu adalah novel pertama yang dijual dan bagi saya jumlah itu merupakan angka yang agak besar kerana penjualan naskhah novel itu juga ketika itu kurang memberangsangkan.
"Bagi pandangan saya sebagai ahli perniagaan ini merupakan situasi menang-menang kerana jika filem itu berjaya secara tidak langsung novel ini akan terjual kembali," katanya kesal dengan tindakan Fauziah.
Bagaimanapun, jelasnya dia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan penulis novel tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn Bhd.
"Apa yang dia katakan di akhbar tersebut seperti menunjukkan kami tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk kami.
"Namun saya tidak merancang untuk ambil tindakan keatas dia kerana beranggapan bahawa dia tidak jelas tentang urusan perniagaan tersebut," katanya lagi.
Alaf 21 bertanggungjawab menerbitkan tiga buah novel karya Fauziah iaitu Pergilah Sepi, Ombak Rindu dan Bisik-bisik Gelora.
sumber
Alaf 21 Perjelas Isu Royalti " Ombak Rindu"
Reviewed by Admin
on
7:58:00 PG
Rating: