Bandar Hantu Moden Di Kangbashi



Ordos adalah sebuah bandar perlombongan arang batu yang kaya di Inner Mongolia. Salah satu daerahnya iaitu Kangbashi dikenali sebagai "modern ghost town" . Kangbashi direka untuk mempunyai lebih daripada 1 juta orang tetapi bandar itu masih kosong lagi walaupun projek itu telah dilancarkan pada tahun 2004.

Dalam tempoh enam tahun, pihak berkuasa telah membelanjakan kira-kira $ 2.6 bilion untuk mengubah kawasan itu menjadi bandar metropolis pascamoden dilengkapi dengan bangunan kerajaan, bangunan pencakar langit, muzium, perpustakaan, teater, dataran patung dan tempat tinggal mewah.

Walaupun hampir kesemua infrastruktur selesai, kekurangan sekolah, hospital, teksi, internet berkelajuan tinggi, TV kabel dan kemudahan hiburan tidak menggalakkan orang ramai untuk tinggal di Kangbashi.

Jika anda pergi ke sana sekarang, anda akan mempunyai lebih banyak peluang untuk berjumpa dengan pembersih jalan yang memenuhi bandar tersebut daripada pejalan kaki di sana. 

Bandar Hantu Moden Di Kangbashi Bandar Hantu Moden Di Kangbashi Reviewed by Admin on 11:37:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.