Menurut seorang penunggang basikal ‘fixie’ yang hanya mahu dikenali sebagai Kecik, basikal ‘fixie’ ini boleh didapati secara meluas di kedai basikal dengan harga yang sangat murah. Kepelbagaian warna adalah salah satu cara untuk menarik minat pembeli. Ditanya mengapa tidak memasang sistem brek pada basikal, beliau menjawab ia adalah ‘trend’ baru, teknik memijak tayar belakang basikal ialah cara untuk memperlahan atau memberhentikan basikal ‘fixie.’ Mereka bukan saja tidak mengendahkan keselamatan diri mereka sendiri malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kecik menambah, terdapat banyak kumpulan ‘fixie’ sekarang. Jumlah penunggang boleh mencecah seramai 15 hingga 20 orang. Lewat malam ialah masa yang sinonim untuk mereka menunggang disebabkan pada waktu ini jalan raya mula kosong dan ini memudahkan mereka berlumba sesama mereka.
Ada juga antara mereka berani meniru lagak ngeri seperti aksi ‘wheelie’ dan ‘superman’ semata-mata untuk membuktikan kejantanan di jalan raya. Tidak kurang juga ada yang melanggar lampu isyarat dan tidak menggunakan laluan basikal yang disediakan.
Masalah yang semakin menular di kalangan remaja ini perlu dibendung dengan segera. Semua pihak tidak harus berpeluk tubuh sebaliknya memainkan peranan masing-masing dalam membanteras isu ini.
MUHAMMAD FAUZAN MOHD NOH,
Shah Alam.
Basikal Fixie Bahaya, Tiada Ciri Keselamatan
Reviewed by Admin
on
11:01:00 PTG
Rating: