Hudud Bukan Untuk Soi Lek: Pas



SHAH ALAM - Ketua Dewan Pemuda Pas hari ini memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Kamaruzaman Mohamad berkata, dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa sistem hudud tidak adil kepada semua pihak tidak releven kerana mereka yang bukan Islam bebas untuk mengguna pakai sistem perundangan sivil sedia ada.

“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam,  malah ia bakal memelihara keharmonian kita dari sebarang kes jenayah seperti merompak dan wanita juga terpelihara kehormatannya daripada jenayah diperdagangkan atau dera,” kata Kamaruzaman Mohd dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, Datuk Chua perlu mengkaji prinsip dan bentuk pelaksanaan hudud bersama ulama dan pemimpin Pas bagi memahami lebih lanjut undang-undang itu.

“Pas membuka ruang forum dan sesi penerangan dengan mana-mana pihak yang mahu berbincang secara ilmiah, bukannya dengan emosi atau sekadar lontar politik semata-mata.,” katanya

Hudud Bukan Untuk Soi Lek: Pas Hudud Bukan Untuk Soi Lek: Pas Reviewed by Admin on 12:32:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.