KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kementerian Pelancongan menyeru peruncit dan pemain industri membantu meletakkan negara sebagai destinasi membeli-belah paling utama termasuk produk teknologi maklumat.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, antara cara terbaik untuk mempromosikan negara ini sebagai syurga membeli-belah ialah menerusi media sosial seperti Facebook, dengan mengambil kesempatan terhadap minat orang ramai untuk IT dalam kehidupan seharian mereka.
"Di samping itu, lebih banyak pertubuhan sepatutnya meneroka pelancongan runcit berasaskan teknologi pengguna untuk meningkatkan lagi industri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyalakan lampu pokok Krismas di salah sebuah kompleks membeli-belah di sini malam tadi.
Beliau berkata, perbelanjaan pelancong dalam membeli-belah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan negara setiap tahun.
Untuk tujuan ini, katanya adalah penting bagi semua rakyat Malaysia agar sentiasa mempromsoikan negara kepada orang asing. - BERNAMA
Jadikan Malaysia Syurga Beli-Belah
Reviewed by Admin
on
10:42:00 PTG
Rating: