Kumpulan Pelawak Saehu Ditahan Kerana Ganja?



Saehu adalah salah sebuah kumpulan pelawak dari Indonesia yang menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).
Populariti Saehu dari hari ke hari semakin meningkat terutama Bocil, salah seorang anggota kumpulan tersebut.
Fizikal Bocil yang kenit itu sering membuatkan penonton terutama juri MLM tidak kering gusi dengan gelagatnya.
Namun portal hiburan Murai.com.my melaporkan ketiga-tiga ahli kumpulan ini nyaris ditahan di lapangan terbang di negara mereka sebelum ke Malaysia baru-baru ini.
Semuanya gara-gara GANJA!
Namun selepas diselidiki, pihak berkuasa akhirnya melepaskan kesemua mereka kerana daun yang pada mulanya disangka ganja itu cumalah kostum daun yang direka khas untuk dibawa ke Malaysia bagi menyertai pertanding MLM, pergh!
Daun itu diambil di rumah salah seorang ahli kumpulan berkenaan.
Nasib baiklah ia bukan ganja, kalau tak terlakarlah sejarah ketiga-tiga pelawak itu ditahan kerana memiliki dadah.
Aduhhhh….pasal daun pun bisa bikin ribut ya pak! - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Kumpulan Pelawak Saehu Ditahan Kerana Ganja? Kumpulan Pelawak Saehu Ditahan Kerana Ganja? Reviewed by Admin on 10:36:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.