Menghargai Senyuman Dengan Air Mata Pedih



Dalam senyuman yang diberikan , sebenarnya banyak terukir keperitan....

Jika kelebihan seseorang itu berbeza2, maka ak fikir masalah, dugaan dan cabaran bagi seseorang itu juga berbeza2.

Memang sukar untuk tempuhi dugaan yang hanya seorang saja yang memahami. Pada masa itu kita rasa keseorangan, semangat hilang.....

Pernahkah anda dengar serita mengenai rama-rama?
Yang dahulunya hanya ulat beluncas. Bila dewasa menjadi rama-rama yang cantik bebas terbang kemana-mana

Pernah anda mengetahui keperitan rama-rama sewaktu keluar dari kepongpongnya?

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

....Begitulah hakikat kehidupan, yang banyak dipenuhi penderitaan.
Penderitaan yang banyak memberi erti kepada si penempuh

Tempuhilah ia dengan sabar, dan igatlah bahawa kita mempunyaai Allah yg Maha memahami

Jangan putus asa dan patah semagat

Igatlah, penderitaan yang kita alami hari ini akan berakhir dengan kejayaan....

Menghargai Senyuman Dengan Air Mata Pedih Menghargai Senyuman Dengan Air Mata Pedih Reviewed by Admin on 1:12:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.