Nazmi Enggan Ikut Jejak Abang Senior



BINTANG muda bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, tetap mahu kekal bersama Harimau Muda sekalipun ditawarkan kontrak menyertai pasukan negeri.

Nazmi,17, yang mencetuskan fenomena apabila meledak gol pada jarak 20 meter menentang Bahrain pada minggu lalu mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya terutama kemahiran bola sepak.

Enggan mengikut jejak langkah empat abang seniornya dalam Harimau Muda yang berhijrah ke pasukan negeri, Nazmi mahu memantapkan permainannya terutama pada baki tiga perlawanan dalam saingan kelayakan Olimpik tahun depan.

“Saya masih sayangkan Harimau Muda, malah berada dalam pasukan ini juga sudah cukup bertuah kerana setiap kelemahan dan kekuatan dapat diperbaiki,” katanya.

Pada masa sama, anak jati Kuala Lumpur itu berharap dapat bergabung bersama pasukan Harimau Malaya yang juga pasukan kebangsaan negara suatu hari kelak.

“Saya akan melakukan yang terbaik sekiranya terpilih menyarung jersi pasukan kebangsaan,” katanya.
Mengulas sama ada berminat menyertai kelab luar negara, Nazmi berkata, ia akan dipertimbangkan kerana peluang tersebut dapat digunakan untuk mempelajari pengalaman dan teknik baru dalam bola sepak.

Sebelum ini, empat pemain Harimau Muda mengesahkan penghijrahan mereka ke pasukan negeri iaitu Shukor Jusoh dan Muslim Ahmad (Terengganu), K Gurusamy (Selangor) dan Mohd Zamir Selamat (Johor FC).
sumber

Nazmi Enggan Ikut Jejak Abang Senior Nazmi Enggan Ikut Jejak Abang Senior Reviewed by Admin on 12:31:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.