Perbezaan Para Sahabat Dengan Kita



Sahabat r.a. merupakan golongan yang diredhai oleh Allah semasa mereka berada di dunia lagi. Rapat dan hampirnya mereka dengan Rasulullah SAW membuatkan mereka sangat faham tentang agama; merekalah sahabat, merekalah ulamak.
Banyak perkara yang amat membezakan kita dengan para sahabat. Berikut merupakan secebis sahaja yang dapat dinukilkan di ruang yang terbatas ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita yang hina ini di sisi Allah SWT…

1. Para sahabat pengsan-pengsan ketika mengambil wudhuk kerana terlalu takut dan gentar untuk menghadap Yang Maha Berkuasa. Tapi ada di antara kita buat dek je kan? Bukan saja tak pernah pengsan ketika nak menghadap Ilahi, yang tinggal solat pun bersepah-sepah.
2. Solat Saidina Ali r.a. begitu khusyuk sehingga sahabat lain boleh mencabut anak panah yang tertusuk pada belakangnya. Tapi kita…? Siap boleh ingat kunci tang mana masa solat… Soalan matematik siang tadi… Ingat nak main Call of Duty…
3. Para sahabat berpolitik untuk terapkan 100% hukum-hakam Islam. Tapi ada di antara kita menolak politik dengan alasan politik itu kotor, dan hanya suka iktikaf, zikir, dan membaca al-Quran tanpa menghiraukan pengabaian penerapan hukum-hakam Islam.
4. Para sahabat sibuk berdakwah sana-sini untuk mengembangkan Islam. Tapi ada di antara kita cukup sibuk nak jadi artis. Kononnya ada bakat, dimuatnaik dalam YouTube, facebook, dan sebagainya untuk menggapai populariti sebagai artis. Tak kiralah yang bertudung, lelaki, mahupun perempuan. Ramai sungguh yang suka benar nak jadi artis. Kan?
5. Para sahabat mencari redha Allah dengan meneladani kehidupan Rasulullah SAW. Tapi, ramai pula di antara kita meniru dan meneladani artis dalam kehidupan sehari-harian. Artis tu pakai itu-ini, kita nak tiru walau melanggar hukum syarak. Boleh jamin syurga ke?
6. Saidina Umar r.a. sendiri pergi berjalan bersama-sama pembantunya untuk melihat urusan rakyatnya, walaupun pada waktu itu tiada teknologi canggih. Beliau sendiri yang pergi mengambil makanan untuk diberikan kepada rakyatnya. Tapi pemimpin kita hari ini, walaupun teknolgi canggih sudah wujud seperti internet, kereta, telefon, dan sebagainya, urusan ummat tetap tidak terpelihara. Rakyat terus dibiarkan miskin tanpa pembelaan. Mungkin tunggu wartawan bawa kamera kot?
7. Saidina Abu Bakar r.a. menolak jawatan sebagai khalifah ketika ummat memilihnya sebagai pengganti Rasulullah SAW kerana takut memikul amanah sebagai seorang pemimpin. Tapi ramai pula pemimpin kita hari ini dok sibuk suruh undi depa, tapi bila dah naik takhta, janji ke mana, hukum syarak ke mana…
8. Para sahabat menangis mengenangkan kesalahan-kesalahan mereka. Tapi ada di antara kita menangis kerana pelajar Akademi Fantasia tersingkir.
9. Saidina Abu Bakar r.a. merupakan sahabat yang amat lembut. Tetapi beliau sangat bertegas dengan memerangi golongan yang menjadi nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat. Tapi ada tak pemimpin-pemimpin kita melaungkan seruan jihad apabila al-Quran dibakar, Allah dihina, dan Rasulullah SAW dihina?
10. Para sahabat menggunakan kuasa politik untuk menerapkan 100% hukum syarak. Tapi pemimpin hari ini menggunakan kuasa politik mereka untuk mengenyangkan perut mereka dan kroni mereka. “Duit Rakyat Didahulukan, Perut Menteri dan Kroni Diutamakan”.

Perbezaan Para Sahabat Dengan Kita Perbezaan Para Sahabat Dengan Kita Reviewed by Admin on 2:45:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.