Satu berita yang aku baca hari ini agak menarik perhatian iaitu tentang dakwaan saintis-saintis Rusia yang mengatakan menjelang tahun 2031, peradaban manusia bakal bertemu dengan peradaban makhluk asing atau aliens ini.
Andrei Finkelstein, Pengarah Russian Academy of Sciences' Applied Astronomy Institute menghujahkan bahawa jika air boleh ditemui di planet lain selain daripada bumi maka tidak mustahil kita boleh menemui makhluk asing yang barangkali hampir menyerupai manusia dengan dua tangan, dua kaki dan satu kepala. Mungkin warna kulit sahaja yang berlainan.
Walau bagaimanapun ini hanya "prediction" yang dilakukan oleh saintis-saintis Rusia melalui inferens daripada penemuan air di planet lain. Bidang sains luar angkasa sudah tentu bukan bidang aku. Sekadar membaca untuk menambah sedikit sebanyak pengetahuan.
Tetapi jika benar ia satu perkara yang mungkin boleh berlaku. Mungkin sejarah dunia akan berubah secara "total" jika peradaban manusia bertemu dengan peradaban makhluk asing yang dimaksudkan. Kebenaran ada di luar sana
sumber
p/s : info ni tak tahu betol ke tak..tapi siape tahu, dunie ni kan luas :)
Pertemuan Peradaban Manusia dan Aliens Tahun 2031?
Reviewed by Admin
on
12:40:00 PTG
Rating: