Maklumat yang dipetik dari yahoo.com, seorang pakar ilmuwan dari Korea yang bekerja di sebuah perusahaan kosmetik New Zealand, Dr Sang Mi Han telah mengkaji kolagen yang terdapat dalam racun lebah dipercayai dapat menjadikan kulit lebih tegang dan anjal, tampak lebih awet muda serta dapat mengurangkan kesan bahaya sinaran matahari.
Berdasarkan ujian yang dilakukan, dengan memasukkan racun lebah ke dalam tubuh, keadaan tubuh akan tersa tegang lalu membuatkan darah mengalir ke daerah yang terkena racun dan merangsang pembentukan kolagen yang boleh membuat elastin [protein berwarna kuning yg menjadi unsur utama tisu penghubung dlm haiwan, spt tisu paru-paru] semulajadi. Elastin amat berguna untuk menjaga kulit tetap tegang dan anjal.
"Saya telah melakukan penelitian dan ujian klinikal ini, dan ternyata racun lebah yang bersih dapat membantu pembentukan kolagen untuk mencegah kerosakan kulit," ungkap Dr. Han. Penemuan fenomena ini dijangkakan dapat menggantikan terapi botox yang mempunyai kesan risiko berbahaya yang kerap dilakukan sebahagian masyarakat. Namun Dr Han menegaskan lebah yang diambil racunnya tidak akan membahayakan pengguna kerana proses pengambilan racun menggunakan perangkat khusus. (yahoonews.com)
Hmmm lepas ni kalau nampak lebah jangan lari.. biar dia sengat kita, biarkan, biarkan, biarkan ... :)
Petua Awet Muda
Reviewed by Admin
on
6:20:00 PG
Rating: