Rahsia Ubun-Ubun Dalam al-Quran



Gambaran otak manusia bahagian depan yang disebut Allah dalam Al Qur’an Al Karim dengan kata nashiyah (ubun-ubun). Al-Qur’an menyifati kata nashiyah dengan kata kadzibah khathi’ah (berdusta lagi durhaka). 
 
Allah berfirman, “(Yaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi derhaka.” (Al-‘Alaq: 16). 
 
Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut derhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahawa tugas bahagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. 
 
“Kalau orang mahu berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mahu berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”

Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar . Di antaranya adalah Prof. Keith L More yang menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan bertanggungjawab di atas pertimbangan-pertimbangan tertinggi dan pengarah perilaku manusia. 
 
Sementara organ tubuh hanyalah parajurit yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.

Kerana itu, undang-undang di sebahagian negara Amerika Syarikat menetapkan saksi penjahat yang membuat laporan kepada polis dengan mengangkat bahagian depan dari otak (ubun-ubun) kerana merupakan pusat operasi dan instruksi, agar penjahat tersebut menjadi seperti anak kecil menurut yang menerima perintah dari siapa saja.
 
Dengan mempelajari susunan organ bahagian atas dahi, maka ditemui bahawa ia terdiri dari salah satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu cuping otak yang disebut frontal lobe. 
 
Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neorotis yang berbeza dari segi tempat dan fungsinya.

Lapisan depan merupakan bahagian terbesar dari frontal lobe, dan tugasnya berkait dengan pembentukan keperibadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat konsentrasi, berfikir, dan memori. 
 
Ia memainkan peranan yang terstruktur bagi kedalaman sensasi individu, dan ia memiliki pengaruh dalam menentukan inisiasi dan kognisi.

Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun. Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebahagian tindakan manusia yang menunjukkan keperibadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan, dan seterusnya. 
 
Bahagian inilah yang membezakan di antara sifat-sifat tersebut, dan juga memotivasi seseorang untuk bernisiatif melakukan kebaikan atau kejahatan.

Ketika Prof. Keith L Moore membuat kajian bersama kami mengenai mukjizat ilmiah dalam ubun-ubun pada seminar internasional di Kairo, ia tidak hanya berbicara tentang fungsi frontal lobe dalam otak (ubun-ubun) manusia. 
 
Bahkan, pembicaraan merangkumi kepada fungsi ubun-ubun pada otak haiwan dengan berbagai jenis. Ia menunjukkan beberapa gambar frontal lobe sejumlah haiwan dan menyatakan, “Pengkajian komparatif terhadap anatomi manusia dan haiwan menunjukkan kesamaan fungsi ubun-ubun.

Ternyata, ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengaruh pada manusia, sekaligus pada haiwan yang memiliki otak. 
 
Seketika itu, pernyataan Prof. Keith mengingatkan saya tentang firman Allah, “Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Hud: 56)

Beberapa hadits Nabi SAW yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu…”

Juga seperti doa Nabi SAW, “Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya…”

Juga seperti sabda Nabi SAW, “Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya hingga hari Kiamat.”

Apabila kita menyandingkan makna nas-nas di atas, maka kita menyimpulkan bahawa ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengendali perilaku manusia, dan juga perilaku haiwan.

Rahsia Ubun-Ubun Dalam al-Quran Rahsia Ubun-Ubun Dalam al-Quran Reviewed by Admin on 8:22:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.