10 Pasukan Askar Terhebat Sepanjang Sejarah Dunia


Bercakap tentang sejarah dunia, tidak terlepas dari yang namanya perang kerana perang merupakan hasil daripada kesan sampingan ego juga kekuatan, di dalam perang pasti terdapat pasukan atau askar di dalamnya. Di dalam sejarah perang, dunia telah mencipta pelbagai pasukan, namun yang terbaik hanya ada beberapa. Dan berikut adalah 10 pasukan askar terhebat dan lagenda sepanjang sejarah dunia.

1. Apache


Apache seperti ninja dari Amerika. Bergerak dengan cara menyelinap dari belakang musuh dan slit tekak musuh. Dengan senjata primitif yang kebanyakan diperbuat daripada kayu dan tulang. Kepakaran lain mereka adalah memakai senjata pisau dan membaling kapak.

2. Aztecs


Suku Aztec terkenal kejam dalam pertempuran. Mereka biasanya berpakaian seperti binatang helang atau jaguar. Mereka menggunakan senjata yang sangat primitif seperti clubs dan busur dengan sangat efektif. Cuachicqueh adalah pasukan khusus aztec yang bersumpah tidak akan berundur bila musuh datang. Mereka akhirnya dikalahkan oleh Sepanyol dengan senjata moden yang jauh lebih baik.

3. Mongol Warriors


Mongol dikenal sebagai bangsa barbar dan liar. Mereka mendominasi daerah Eropah dan Asia dan terkenal sebagai pasukan berkuda yang dipimpin oleh salah satu komandan militer besar dunia, Genghis Khan. Mereka sangat disiplin dan mahir dalam menggunakan busur dan panah di atas punggung kuda.

Mereka menggunakan busur komposit yang boleh menembus melalui baju besi dan juga cukup mahir dengan tombak dan pedang. Dengan kepakaran perang psikologis dan intimidasi mereka membangun salah satu imperium terbesar di dunia yang pernah ada.

4. Mamluk



Mamluk sekumpulan budak yang masuk Islam dan melayani para khalifah Islam dan para sultan Ayyubiyah selama zaman pertengahan. Selepas mamluk telah masuk Islam, banyak yang dilatih sebagai askar pasukan berkuda. Setiap Mamluk wajib patuh terhadap furusiyya, kod yang merangkumi nilai-nilai seperti keberanian dan kemurahan hati, dan juga taktik kavaleri, menunggang kuda, memanah dan rawatan luka.

Seiring dengan itu, mereka menjadi suatu kasta tentera yang kuat dan sering mengalahkan pasukan Salib. Lebih dari sekali, mereka merebut kuasa dari tangan sultan mereka sendiri, misalnya, Kesultanan Mamluk 1.250-1.517 di Mesir.

5. Roman Legion


Tulang punggung dari tentera Romawi yang membina kerajaan yang tak tertanding dari segi saiz dan kekuatan. Mereka adalah askar gabungan ahli pedang, tombak dan perisai. Terdiri dari para askar mahal yang mampu membuat senjata terbaik dan baja. Disiplin, mahir menggunakan senjata, dan strategi membuat legion ditakuti di Eropah.

6. Samurai


Samurai adalah dari Jepun, tentera bersenjata berat dengan baju besi dan bersedia mati untuk tuannya. Berbekal pedang paling tajam di dunia dan dengan mudah boleh memotong musuh dalam dua kali gerakan.

Mereka juga pakar dari Yumi (busur) dan menjadi salah satu penembak terbaik dunia, juga mereka adalah askar profesional dan berjuang keras untuk mendapatkan kehormatan. Kerana kebiasaan kekerasan yang mereka lakukan, para petani bangkit melawan mereka dan lahirlah ninja.

7. Ninja


Ninja, pakar dalam mencuri dan sabotaj. Awalnya adalah kumpulan petani yang dilatih untuk mengalahkan para samurai, tapi akhirnya menjadi lagenda pembunuh.

Dikenal mahir menggunakan pedang, sumpitan, Shuriken, dan kusarigama sebagai senjata pilihan. Mereka dikenal sebagai prajurit bayangan yang beraksi di malam hari. Ninja terkenal sebagai seniman bela diri yang sebagian besar menjalani pelatihan keras.

8. Viking


Viking, penteror dari Eropah. Askar yang paling ditakuti zaman dunia kuno. Mereka membuat keganasan di Eropah dengan serangan mereka. Terkenal ganas dalam pertempuran dan menggunakan senjata yang sesuai tinggi badan mereka.

Viking ahli dalam menakluk bandar. Bahkan agama mereka hanyalah perang dan mereka percaya bila mati dalam suatu perang, maka akan hidup di tengah perang yang tak akan usai. Mereka semua akan menjadi tentera yang sangat tangguh, terbukti dari kehebatan mereka dalam menghancurkan sasaran mereka.

9. Spartan


Budaya Spartan ialah semua tentang perang dan latihan tentera seumur hidup. Mereka mempunyai pepatah: "kembali dengan perisai atau lebih dari itu" yang bererti jangan kembali kecuali anda menang.

Mereka adalah salah satu askar kuat di dunia dan menjadi terkenal kerana pertahanan terakhir mereka pada pertempuran Thermopylae. Mereka adalah mahir dalam perisai dan tombak yang kemudian ditiru oleh tentera lain.

10. Knight


Knights adalah pejuang yang mengenakan baju pelindung di seluruh tubuh. Mereka adalah prajurit elit, dengan baju besi, senjata dan kuda untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh Raja. Mereka adalah tentera yang sangat efektif yang telah berlatih selama hidup.



10 Pasukan Askar Terhebat Sepanjang Sejarah Dunia 10 Pasukan Askar Terhebat Sepanjang Sejarah Dunia Reviewed by Admin on 12:41:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.