Menjelang pukul 10:30 malam, kumpulan yang memakai baju hitam menempatkan diri di sekitar Dataran Merdeka untuk membantah kenaikan kos sara hidup. Biarpun pihak polis membuat benteng sekatan, lebih kurang pukul 11:20 malam, mereka berjaya melepaskan diri masuk ke tengah Dataran Merdeka tempat persembahan muzik sedang berlangsung.
Dan ekoran lebih 10'000 peserta demo Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) memenuhi Dataran Merdeka, konsert Di Ambang Tahun Baru yang sepatutnya berjalan hingga jam 12 malam terpaksa dihentikan oleh DBKL. Menjelang tengah malam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, naik ke pentas untuk berucap bagi meredakan keadaan.
Demonstrasi ini diadakan ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan mulai tahun 1 januari 2014 dan juga sebelum ini termasuk harga gula, minyak dan juga gula.
Mulai hari ini, kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan dijangka. Antaranya tol, tarif elektrik, cukai pintu, tambang bas sekolah dan lain-lain.
Polis telah bersedia sejak awal tambahan lagi apabila didakwa demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dengan lebih 1,000 laporan polis dibuat.
Polis berkata, empat NGO terlibat dalam menganjurkan demo ini iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia.
Kesemua mereka menafikan demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Bukhairy Sofian, berkata hasrat mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka bukannya satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan tetapi untuk meluahkan kemarahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup dan harga barang.
Sambutan Tahun Baru Batal, Lebih 10,000 Peserta “Turun” Penuhi Dataran Merdeka
Reviewed by
Admin
on
10:16:00 PG
Rating:
5