Ibu Sembelih Dua Anak



SUNGAI PETANI: Dua beradik berusia dua tahun empat bulan dan enam tahun ditemui mati, dipercayai disembelih ibu mereka sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak lelaki dan kakaknya itu ditemui di dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah.

Jurucakap polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pihak polis.

"Polis datang tidak lama kemudian lalu menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa," katanya. - BH

Ibu Sembelih Dua Anak Ibu Sembelih Dua Anak Reviewed by Admin on 6:52:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.