Kini Jep Sepahtu pula merancang untuk tidak menyertai “Maharaja Lawak Mega” tahun depan. Jep dan Syuib membentuk kumpulan kegemaran ramai Sepahtu di program realiti ini.
Bagi Jep, atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, pengalaman menyertai program kegilaan ramai itu bersama-sama Yus Jambu, juga mesra dipanggil Pak Yus, menjadi kenangan yang cukup istimewa buatnya.
“Selepas pemergian Pak Yus, saya rasa saya tidak masuk lagi program 'Maharaja Lawak.'
“Program itu cukup meriah dan istimewa kerana adanya orang-orang seperti Pak Yus yang memeriahkan lagi program itu,” katanya ketika ditemui ProjekMMOmalam tadi.
“Program itu juga cukup bermakna bagi saya sendiri kerana kami sebenarnya tidak bertanding sesama sendiri dalam program itu, peminat yang menilai [sebagai pertandingan] dari luarannya. Kami sebenarnya sebagai satu keluarga.
“Jadi saya tidak rasa saya dan Syuib akan masuk Maharaja Lawak dalam masa terdekat ini,” katanya lagi selepas majlis tahlil buat Allahyarham Yus Jambu.
Tauke bersama Yus Jambu dan Misha Omar membentuk kumpulan Kobis Pedas di program komedi yang disiarkan jam 10 setiap Jumaat di saluran Astro Warna.
Yus, atau nama sebenar Yussry Edoo, 39, meninggal dunia 30 November lalu di Hospital Selayang selepas mengadakan persembahan Raja Band di Kuala Lumpur.
Beliau mula dikenali selepas menjuarai “Raja Lawak” musim pertama pada 2007.
Program “Maharaja Lawak Mega” yang disiarkan sejak 2011 di saluran Astro menghimpunkan pelawak-pelawak terbaik program sebelumnya “Raja Lawak,” antaranya Yus, Tauke, Jep, Syuib, Johan, Zizan Razak dan Jihan Muse.
Jep Buat Keputusan Mengejutkan Selepas Pemergian Arwah Yus Jambu
Reviewed by Admin
on
1:14:00 PTG
Rating: