Port Dickson: Dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit selepas buaian besar di pesta ria di PD Waterfront, di sini, tumbang 12 tengah malam tadi.
Difahamkan, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seorang wanita tersepit pada kerusi buaian itu, manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dirawat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - HM

Wanita Parah Tercampak Dari Buaian Besar
Reviewed by Admin
on
11:48:00 PG
Rating: