Samun RM1.4 Juta Di RNR Libat Orang Dalam?



SHAH ALAM - Badan pemantau jenayah MyWatch menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti rakaman CCTV kejadian samun di sebuah RNR dan menyiasat sekiranya terdapat penglibatan orang dalam sendiri.

Pengerusinya, Datuk Seri R Sri Sanjeevan , kejadian yang berlaku pada 2 Disember lepas di RNR Tapah Selatan menyaksikan wang tunai RM1.4 juta yang dibawa oleh empat mangsa telah disamun oleh enam suspek.

"Adalah sesuatu yang menghairankan bagaimana suspek boleh mengetahui di dalam kereta mangsa terdapat sejumlah wang yang besar," kata beliau dalam blognya, hari ini.

Katanta, suspek mengacukan pistol dan cermin kereta Mercedes mangsa dipecahkan dengan kapak.

“Suspek kemudian mengambil enam kotak yang didakwa mengandungi wang tunai bersama-sama sebuah laptop dan sebuah iPad.

“Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Rakaman CCTV berkenaan juga tersebar di laman sosial Facebook dan menarik perhatian pelayar. - SH

Samun RM1.4 Juta Di RNR Libat Orang Dalam? Samun RM1.4 Juta Di RNR Libat Orang Dalam? Reviewed by Admin on 10:45:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.