Memetik laporan portal berita The Daily Beast, pendedahan laporan tersebut secara tidak langsung menyokong teori bahawa kebakaran mungkin menyebabkan banyak sistem dalaman MH370 terhapus mengakibatkan juruterbang tidak dapat mengawal pesawat dan membiarkan terus terbang sehingga ia kehabisan bahan api.
Laporan rasmi pertama selepas pelbagai spekulasi mengenai nasib yang menimpa pesawat malang itu juga menyangkal dakwaan bahawa juruterbang ‘sengaja’ merosakkan pesawat tersebut.
"Ia perakuan rasmi pertama mengenai apa yang menjadi spekulasi sebelum ini iaitu terputus tenaga elektrik secara tiba-tiba yang mampu melumpuhkan sistem utama.
"Selain menggambarkan krisis kawalan secara tiba-tiba dialami dalam kokpit, laporan itu melemahkan teori menganggap juruterbang terbabit bermasalah - mereka mungkin bertungkus lumus dalam kepayahan mengawal penerbangan, bukannya menjadi punca pesawat itu mengalami masalah,” jelas laporan tersebut, semalam.
Tujuan laporan tersebut juga adalah sebagai mengukuhkan keyakinan bahawa carian dasar laut bagi MH370, yang hilang pada 8 Mac tahun lalu yang sedang dijalankan di bahagian Lautan Hindi adalah betul dan mempunyai peluang tinggi untuk berjaya.
Berdasarkan laporan tersebut lagi, anak kapal dikatakan berjaya berhubung dengan pengawal trafik udara dan kapal terbang itu secara automatik menghantar kedudukannya sebelum bekalan elektrik terputus.
Selepas itu, tiada sebarang komunikasi daripada juruterbang terbabit dan transponder yang menghantar maklumat berkenaan kedudukan pesawat serta satu sistem automatik berasingan yang berfungsi melaporkan keadaan kritikal sistem pesawat pada setiap setengah jam juga dilaporkan berhenti berfungsi.
Bagaimanapun, laporan terbaharu itu tidak menyatakan secara terperinci bila MH370 terputus tenaga elektrik, tetapi ia mungkin terjadi dalam tempoh 56 minit antara transmisi mengikut sistem komunikasi pesawat ACARS dan percubaan tidak berjaya 'dispatcher' pesawat menghubungi anak kapal.
Menurut The Daily Beast, laporan Australia menyatakan 4 sebab yang berkemungkinan menyebabkan putus tenaga elektrik;
Pertama, kegagalan secara tiba-tiba yang menghidupkan Unit Tenaga Tambahan (APU) pesawat bagi mengembalikan kuasa kecemasan.
Kedua, sesuatu dilakukan di bahagian kokpit menggunakan suis ‘overhead’.
Ketiga, seseorang yang mengakses Pusat Peralatan Utama di bawah dek penerbangan, menarik pemutus litar dan kemudian memasangnya semula; dan keempat, kegagalan teknikal yang kadang-kala berlaku.
Penerbangan Malaysia Airlines dalam perjalanan ke Beijing yang hilang pada 8 Mac tahun lalu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam bersama pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid (berpengalaman terbang 2,763 jam).
- mD
Laporan Terkini Dedah Punca MH370 Terhempas
Reviewed by Admin
on
10:19:00 PG
Rating: