SPRM Hantar Pengawai ke Timur Tengah Bertemu Penderma RM2.6 Bilion


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki pada Isnin mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.

gambar hiasan

Bernama melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

Menurut Azam Baki, SPRM tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kepada umum kerana siasatan masih berjalan. Menurutnya lagi, jika ada perkembangan atau maklumat terkini SPRM akan maklumkan dari semasa ke semasa.

Pada 5 Ogos lalu, SPRM mengesahkan dana RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah.

Pada Sabtu lalu (5 Dis), SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Pertemuan itu diadakan selama dua jam setengah dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada SPRM.


SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - mStar

SPRM Hantar Pengawai ke Timur Tengah Bertemu Penderma RM2.6 Bilion SPRM Hantar Pengawai ke Timur Tengah Bertemu Penderma RM2.6 Bilion Reviewed by Admin on 1:43:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.