Isteri Selamat Dari Disembelih Suami



Kaherah: Seorang lelaki bersenjatakan pisau cuba menyembelih isterinya di tengah jalan raya di bandar raya ini.

Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan penduduk yang menendang dan melontar lelaki berkenaan dengan batu.

Klip video yang dimuat naik di Youtube menunjukkan lelaki tidak dikenali itu memaksa isterinya merebahkan badannnya sementara dia cuba menyembelih wanita itu sebelum diserang sekumpulan penduduk yang meluru selepas mendengar jeritan mangsa.

Rakaman menunjukkan orang ramai melontar batu ke arahnya. Sebahagian mereka menendangnya sementara seorang lelaki dilihat menghentak batu ke atas kepala lelaki itu.

Lelaki itu melarikan diri, tetapi dikejar orang ramai yang terus merejamnya dengan batu.

Tidak dapat dipastikan punca lelaki itu mahu membunuh isterinya.

Media Mesir yang menyiarkan rakaman berkenaan bagaimanapun tidak menyebut sama ada lelaki itu ditahan polis atau tidak. - Agensi

Isteri Selamat Dari Disembelih Suami Isteri Selamat Dari Disembelih Suami Reviewed by Admin on 8:59:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.