Pemain Bola Sepak Maut Ditembak Di Kawasan Parking Pusat Beli Belah



SEORANG pemain bolasepak ditembak mati di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah, semalam.

Menurut laporan CNN, motif pembunuhan pemain kelab bola Scottish club Rangers dan pasukan kebangsaan Honduras, Arnold Peralta masih belum dikenal pasti.

Polis juga menolak kemungkinan Arnold dirompak kerana barang peribadi seperti dompet dan lain-lain ditemui pada mayat.

"Kami akan mencari pembunuh sampai dapat dan tidak akan berehat sehingga suspek dijatuhkan hukuman," kata kenyataan dari kerajaan Honduras, semalam.

Sementara itu, laporan Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu mengatakan Honduras memiliki kes pembunuhan terbanyak di dunia untuk tahun ini.


Pemain Bola Sepak Maut Ditembak Di Kawasan Parking Pusat Beli Belah Pemain Bola Sepak Maut Ditembak Di Kawasan Parking Pusat Beli Belah Reviewed by Admin on 9:37:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.